Laman Utama              Cara Penyertaan              Pemenang              Terma & Syarat              Borang Penyertaan

Terma & Syarat

Penganjur & Kelayakan

  1. Peraduan 'Beli & Menang' 2014 ["Peraduan"] ini dianjurkan oleh UNILEVER (MALAYSIA) HOLDINGS SDN BHD (Co. No. 1532-V) ["Pihak Penganjur"]
  2. Peraduan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke-atas kecuali kakitangan dan keluarga terdekat Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd ("Unilever") termasuk pengedar, agensi pengiklanan dan promosi jualan yang dilantik Unilever dan keluarga terdekat mereka.
  3. Tempoh peraduan ini bermula dari 18hb Oktober 2014 hingga 12hb Disember 2014. Pihak Penganjur berhak membuat sebarang pindaan ke atas Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
  4. Peraduan ini adalah sah bagi jenama produk-produk Unilever yang mengambil bahagian seperti berikut:
    • Knorr
    • Lipton
    • Lady's Choice
    • Planta
  5. Untuk menyertai peraduan ini, hantar borang penyertaan yang lengkap (borang fotostat juga diterima) berserta jawapan yang betul dan resit asal sebagai bukti pembelian.
  6. Hanya pembelian mana-mana produk berjenama Lipton, Lady's Choice, Knorr atau Planta dalam SATU (1) resit pembelian dari mana-mana gedung GCH Retail (M) Sdn. Bhd. ("Giant") atau AEON Co. (M) Bhd. ("AEON") di Semenanjung Malaysia layak untuk menghantar satu (1) borang penyertaan.
  7. Borang peraduan boleh didapati di semua gedung Giant dan AEON di Semenanjung Malaysia dan juga boleh di muat turun melalui laman web.
  8. Borang- borang penyertaan mestilah disertakan dengan resit pembelian asal dari Giant atau AEON dan pos ke
    Peraduan Beli & Menang,
    Peti Surat 8866,
    Pejabat Pos Kelana Jaya,
    46799 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan
  9. Para peserta hendaklah menghantar borang penyertaan ini melalui pos biasa SAHAJA. Para perserta boleh menghantar seberapa banyak borang penyertaan tetapi setiap borang penyertaan mestilah disertakan dengan resit pembelian asal sebagai bukti pembelian.
  10. Setiap peserta terpilih hanya layak memenangi SATU (1) Cabaran membeli-belah sahaja. Semua hadiah yang diberikan dengan 'seadanya' dan tidak boleh ditukarmilik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
  11. Pemenang akan dihubungi melalui e-mel atau telefon dan akan menerima pengesahan bertulis dengan maklumat-maklumat mengenai Cabaran membeli-belah termasuk terma dan syarat melalui surat biasa dalam jangka masa yang munasabah.
  12. Peserta dan pemenang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kecederaan, kerosakan atau tuntutan yang timbul akibat daripada penyertaan dalam Peraduan ini dan/atau penggunaan dan/atau pengambilan hadiah mereka.
  13. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/ atau apa-apa kos lain, yuran, waranti dan/atau perbelanjaan berkaitan yang ditanggung untuk menyertai peraduan/cabaran ini dan menebus hadiah adalah tanggungjawab perserta/pemenang sepenuhnya.
  14. Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab ke atas borang yang tidak berjaya dihantar dan berhak secara automatik membatalkan kelayakan sebarang borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca, rosak, terlewat atau tidak disertakan dengan bukti pembelian yang betul.
  15. Para pemenang bersetuju Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd berhak menggunakan nama dan/atau gambar mereka untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan.
  16. Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd berhak memendek atau melanjutkan Tempoh Peraduan dan berhak menukar, membatalkan atau menarik balik terma peraduan tanpa sebarang notis lanjut.
  17. Dengan menyertai peraduan ini, para peserta bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat serta segala keputusan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.
  18. Keputusan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd adalah muktamad dan sebarang perihal surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan.

    Pilihan Pemenang
  19. Setiap pembelian yang bernilai RM1 pada mana-mana produk berjenama yang mengambil bahagian akan diberi SATU (1) mata. Setiap pembelian pada mana-mana produk yang dinyatakan di dalam Jadual Bonus, akan diberi tambahan bonus LIMA (5) mata.
  20. Sebagai contoh;

    A. Setiap pembelian produk mengambil bahagian yang berharga RM4 akan dikira sebagai EMPAT (4) mata sahaja.

    B. Setiap pembelian produk yang tertera di dalam Jadual Bonus akan diberi tambahan bonus LIMA (5) mata secara automatik. Sekiranya produk tersebut berharga RM4, maka jumlah mata bagi pembelian produk ini adalah sembilan (9) mata.

  21. Setiap pembelian produk mengambil bahagian yang melibatkan perpuluhan sen tidak akan diambilkira.
  22. Sebagai contoh;

    A. Setiap pembelian produk mengambil bahagian yang berharga RM4.50 akan dikira sebagai EMPAT (4) mata sahaja.

  23. Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang betul dengan jumlah mata tertinggi yang dikumpul.
  24. Sekiranya terdapat jumlah mata terkumpul yang sama, Pihak Penganjur berhak untuk menghubungi peserta-peserta tersebut, bertanyakan soalan untuk menentukan pemenang berdasarkan jawapan yang betul.
  25. Jumlah mata terkumpul hanya terhad dan terpakai ke atas pembelian yang dilakukan di dalam minggu tempoh peraduan sahaja.
  26. Sebagai contoh;

    A. Penyertaan berdasarkan pembelian pada 18 hingga 24 Oktober 2014 akan direkodkan sebagai penyertaan Minggu Pertama.

    B. Penyertaan 25 hingga 31 Oktober 2014 akan direkodkan sebagai penyertaan Minggu Kedua dan begitu juga dengan minggu-minggu seterusnya.

  27. Jumlah mata terkumpul oleh para peserta tidak akan dibawa ke minggu seterusnya sekiranya peserta tidak terpilih pada minggu tersebut.

    Hadiah - Hadiah Peraduan
  28. **Seramai EMPAT PULUH (40) pemenang akan dipilih untuk memenangi Cabaran Membeli-belah bernilai RM3,000 setiap seorang sepanjang LAPAN (8) minggu tempoh peraduan. Pemilihan pemenang akan dijalankan setiap minggu seperti berikut:-
    • Minggu Pertama (1) : 18 Okt 2014 - 24 Okt 2014
    • Minggu Kedua (2) : 25 Okt 2014 - 31 Okt 2014
    • Minggu Ketiga (3) : 1 Nov 2014 - 7 Nov 2014
    • Minggu Keempat (4) : 8 Nov 2014 - 14 Nov 2014
    • Minggu Kelima (5) : 15 Nov 2014 -21 Nov 2014
    • Minggu Keenam (6) : 22 Nov 2014 - 28 Nov 2014
    • Minggu Ketujuh (7) : 29 Nov 2014 - 5 Dis 2014
    • Minggu Kelapan (8) : 6 Dis 2014 - 12 Dis 2014
  29. Pihak Penganjur akan mengumumkan pemenang untuk peraduan ini melalui http://BeliMenang.epromoasia.com
    *** Setiap pemenang dikehendaki menghadirkan diri ke Cabaran Membeli-belah kerana hadiah yang ditawarkan adalah barangan Unilever yang diambil oleh pemenang ketika Cabaran Membeli-belah tersebut berlangsung.
  30. Lokasi cabaran ini akan dilakukan di mana-mana gedung Giant atau AEON di Lembah Klang.
  31. Pihak Penganjur akan mengumumkan butiran terperinci seperti tarikh, masa & lokasi tertentu cabaran membeli-belah pada hari pengumuman pemenang mingguan.

    Pengumuman Pemenang

  32. Para pemenang akan dimaklumkan melalui telefon atau emel.
  33. Sekiranya Pihak Penganjur atas apa jua sebab, tidak dapat menghubungi pemenang dalam jangka masa yang munasabah, ia berhak memilih pemenang lain.
  34. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya notis pemberitahuan tidak diterima atau lewat diterima oleh para pemenang.



 
想要让胸部变大的一个重要的物理方法就是进行乳房按摩丰胸产品,经常用双手揉摸自己胸前的乳房,妈妈们可以发现这样可以显著地改善乳房的血液循环来增大乳房丰胸效果,并且把多余的脂肪排出。其次,女性成功瘦身而且丰胸的原理则在于木瓜酶的作用,一般来说,多吃木瓜丰胸方法,也有利于乳房的变大,因为木瓜酶能够促进乳腺发育,刺激女性的荷尔蒙,从而达到丰胸的目的产后丰胸